28 March 2021

38# Bayam Brazil Goreng Udang Kering



Bahan-bahan
  • Dua mangkuk bayam Brazil
  • 2 jemput udang kering (Cida guna bersaiz kecil)
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar sos tiram
  • 3 sudu minyak masak 

Cara-cara
  1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga hancur dan lumat.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk tadi bersama dengan udang kering
  3. Setelah naik bau dan cili sedikit garing, tambahkan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bayam. Tak perlu letak garam sebab udang kering dan sos tiram sudah masin.
  5. Kacau rata dan tutup api. Tak perlu lama-lama takut nanti sayur terlebih layu.
  6. Siap untuk dihidang

4 comments: