Recents in Beach

Permainan tradisional di Malaysia (Part 1)

Tengok anak bermain, teringat zaman kegemilangan kita dulu. Bermain tak kira masa dan waktu. Sakit demam pun digagahi jua semata untuk bermain dengan kawan. Kalau terlepas nanti rugi. Begitulah kita dulu-dulu, nak marah anak pun tak boleh. 😃

Permainan yang paling seronok masa Cida dulu, lompat tali atau dikenali zero point. Pemain kena melompat melalui getah yang dipegang oleh pemain lain bermula dari bawah hingga ke atas dan level seterusnya. Ada masa kawan sengaja angkat getah supaya kita lompat tak lepas, ada masa kawan terkena tendangan tanpa sengaja. Kenangan manis bersama.

Tak lupa juga batu seremban. Dari batu yang tajam, hingga menjadi bulat punyalah main. Caranya campak semua batu ke lantai secara perlahan. Kemudian ambil salah satu batu dan lambung sementara tu cepat-cepat kutip satu lagi batu dilantai tadi dan sambut yang dilambung tadi, dan seterusnya sehingga habis. Siapa dapat mata lebih banyak dikira sebagai pemenang.

Paling menarik, permainan Aci Sembunyi atau Hide and Seek. Pencari akan mengira nombor sehingga nombor tertentu sambil penyembunyi akan bersembunyi. Pencari akan mula mencari dan siapa yang dijumpa/diteka terdahulu akan mengikut giliran menjadi pencari. Mulalah episod panjat dan bersembunyi di atas pokok, dalam tunggul padi, dalam kolam air, belakang reban ayam.

Bukan permainan untuk budak perempuan saja congkak ni. Lelaki pun bermain. Permainan ni menguji ketangkasan jari dengan setiap guli akan dimasukkan kedalam lubang congkak secara satu persatu sehingga habis dan cepat. Guli yang paling banyak di peroleh akan dikira pemenang. Lelaki kalau bermain congkak, pertama sekali mereka pandai nak kelentong. 😂

Permainan yang ekstrem, Lubang Tikus. Kenapa dipanggil ekstrem, silap langkah kena lempang dengan kaki kawan. 😅 Penuh dengan suka dan duka bila kawan ajak bermain lubang tikus ni. Pemain akan melompat dari level terendah sehingga tertinggi dan siapa dapat habiskan permainan akan dikira pemenang. Tak rasa pihak lawan akan pedajal untuk kalahkan kita? 😂

Kedai di kampung akan dilengkapi sebekas guli dengan harga 50 sen bagi tujuan budak-budak akan membeli guli dan bermain Tuju Guli. Kekadang kira guli dalam congkak dah berkurang, rupanya ada orang pinjam. Guli didalam bulatan dituju sehingga terkeluar dari bulatan dan menjadi milik pemain itu. Sapa terror dia sorang tapau semua guli.
 
Permainan paling Cida takuti, Baling Tin 😁 Serius penat main permainan ni, sebabnya selepas kita jatuhkan tin, nak susun tin tu kembali sambil mengelak dari kena baling dengan kasut oleh pihak lawan. Kalau kena kasut, maka disqualified. Buatnya pihak lawan, kemain kuat baling kasut terkena kepala biul jadinya. Jika tin Berjaya di susun permainan adalah dikira menang

Baling Kasut seperti baling tin juga. Cuma ditukarkan kepada selipar. Tiga selipar diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk menjatuhkan. Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Pihak lawan dapat susun semua kasut menjadi segi tiga dikira menang.
nantikan sambungannya..

Post a Comment

18 Comments

  1. Best Kan permainan kita dulu². Budak² sekarang entah² tahu ke tak tentang permainan semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. budak2 sekarang dah lain permainan mereka

      Delete
  2. Semua PC main ni dulu. Ya Allah seronoknya.

    ReplyDelete
  3. Sampai sekarang still main congkak, sanggup beli thru shopee hahahaha. Memang permainan childhood betul :D

    ReplyDelete
  4. Semua ni saya suka. Harap cepat habis pandemik. Boleh anak2 zaman sekarang main macam2 dengan kawan2 dan sepupu sepapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. kesian mereka, kena duduk rumah dan tak boleh bermain sngat.

      Delete
  5. nostalgia kenangan silam dunia anak2 tanpa gadget yang begitu warna warni, singgah malam dan follow blig ibu cida :)

    ReplyDelete
  6. paling wak ingat ialah main nyorok-nyorok.
    mananya nak jumpa cari sebab nyorok dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jenuh mencari, rupanya tgh makan nasi dlm rumah.. hehehe

      Delete
  7. Aha sama aktif main getah. Tinggi juga dapat lompat.

    ReplyDelete
  8. Permainan zaman dulu memang best. Semua pernah main.
    Budak sekarang main games je. Tapi ada je yang masih main permainan tradisional ni..

    Salam kenal. Done follow sini

    ReplyDelete