Recents in Beach

[UK 1] Ukuran Kaki Sofia

Alhamdulillah. Hari Sabtu yang lepas berpeluang masuk shopping mall bersama anak dara yang berusia enam [6] tahun ni. Berjalanlah kami berdua berpimpin tangan, sang ayah berjalan berseorangan nampak gayanya. 

Niat ibu mahu mencari sepasang kasut untuk anak dara, kasut sedia ada tak muat. Bila ada kasut baru, senang ibu bawa pergi panjat bukit lepas ni. 😁

Disebabkan si ayah mahu mencari barang beliau, kami mencari kasut anak dara ini berdua. Ada sepasang kasut sangat berkenan di hati, kecewa sebab kehabisan stok. Kebanyakkan kasut kecil, dan kasut terakhir baru ada saiz. UK 1 (20.6cm) ukuran kaki Sofia, ibu sedar anak ibu sudah besar. Sikit lagi sudah saing ukuran kaki ibunya.

Tanpa berlengah, sebaik selesai ibu buat bayaran, minta untuk pakai kasut baru. 😉 Jarang sekali Sofia berkelakuan sedemikian, agaknya kasut lama sudah tak selesa.


Post a Comment

1 Comments