30 April 2021

#48 Tom Yam Kaki Ayam


Pagi tadi bercadang nak buat masak asam pedas kepala ikan. Sebaik sampai dirumah, penyakit yang satu ni muncul. Jadinya tomyam saja hari ini.

Bahan-bahan kisar:
  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 7 biji cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 inci belacan - bakar
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam
Bahan-bahan Tom Yam:
  • Ayam - Cida letak kaki ayam
  • Makanan laut (udang, sotong, lala) Cida tak letak
  • 1 labu bawang holland
  • 5 ulas bawang putih blend
  • 1 inci lengkuas di ketuk
  • 2 batang serai di ketuk
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato belah 6
  • 2 ketul kiub tomyam
  • 1 sudu besar sos ikan Cida tak letak
  • 2 biji limau nipis Cida tak letak
  • 6 biji cili padi di ketuk
  • Garam
  • Daun ketumbar
Sayuran:
  • Bunga kubis
  • Karot
  • Putik jagung

Cara cara:
  1. Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
  2. Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi dan garam.
  3. Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

29 April 2021

#47 Bayam Goreng Belacan


Salam Nuzul Al-Quran pada semua. Semoga Ramadhan kita semua dilimpahi rahmatNya. Minggu ni bermula episod #WFH secara bergilir-gilir. Sofia masih bersekolah seperti biasa. Walaupun berpuasa, digagahkan juga ke sekolah. Balik rumah terus nak air, dahaga. Dipujuk-pujuk dapat juga bertahan sehingga waktu berbuka.  Alhamdulillah.

Hari ni masak atas permintaan anak dara sorang ni. Bayam Goreng Belacan. Tu belum minta nak ikan pekasam tok Kedah. πŸ˜„

Bahan-bahan:

  • Seikat bayam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
  • Seulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • Sedikit ikan bilis (tumbuk kasar)
  • Cili kering (dikisar) sekiranya suka pedas
  • 1cm belacan bakar
  • Sedikit garam dan cukup rasa (ikut rasa)
  • Cili merah hiris


Cara-Cara Penyediaan

  1. Tumis bawang merah dan putih beserta belacan hingga naik bau.
  2. Masukkan bayam, ikan bilis serta sedikit air. Masukkan cili besar yang dihiris tadi. Gaul sekata.
  3. Perasakan garam dan cukup rasa. Sedia untuk dihidang.

Gambar : Google

28 April 2021

#46 Bihun Goreng


Salam Ramadhan, petang ni teringin sangat nak makan bihun goreng. Jadi Cida buat bihun goreng resepi 100% dari https://resepichenom.com/. Boleh cuba resepi ni. Goreng tadi tak tengok jam. Tutup api dapur baru 5.30 petang. Termenung tengok bihun tu. πŸ˜“ awai sangat. Rasa jangan tanya sebab belum boleh makan. 😁
 
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
Bahan-bahan untuk lain:
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam
  • 1 ketul kiub ikan bilis
  • 3 keping fish cake
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 pek bihun
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1 biji tomato
  • 1 mangkuk taugeh
Bahan-bahan untuk taburan:
  • Cili merah
  • Daun bawang
  • Limau nipis
Cara Penyediaan:
  1. Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. Potong fishcake, tomato dan isi ayam.
  3. Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil.
  4. Hiris nipis cili merah, daun bawang dan limau nipis untuk hiasan.
  5. Tumbuk bawang yang telah dipotong tadi dengan sedikit udang kering.
  6. Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan.
  7. Masukkan cili kisar.
  8. Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap.
  9. Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
  10. Masukkan kiub ikan bilis, fishcake, batang sawi, air dan lada sulah.
  11. Boleh tambah telur (optional).
  12. Masukkan bihun yang dah direndam.
  13. Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut.
  14. Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh (boleh ganti dgn hirisan sayur kobis).
  15. Boleh tambah kicap atau sos kalau suka.
  16. Kalau kurang masin boleh tambah dengan garam, kalau masih keras tambah air sikit.
  17. Hidangkan dengan cili potong, daun bawang dan hirisan limau nipis.
Resepi dan gambar : https://resepichenom.com/

Wordless Wednesday 2021/18

 

Jangan meremehkan sedikitpun tentang makruf (kebaikan)

meskipun hanya menjumpai kawan dengan berwajah ceria (senyum).

 (HR Muslim)

25 April 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM



Syarat Penyertaan
http://www.shfyqhazhr.com/2021/04/giveaway-ramadhan-by-shfyqhazhrcom.html

 
Tarikh Penyertaan
20 April 2021 hingga 30 April 2021 (10 hari)

22 April 2021

45# Putri Mandi/Badak Berendam Tanpa Inti

Salam Ramadhan.. Petang tadi balik kerja sempat buat Puteri Mandi saja. Lauk pauk untuk berbuka kita main tunjuk-tunjuk dibazaar. πŸ˜‰ Cida tak buat banyak sebab Cida dan Sofia saja makan, suami tak makan. Bak kata Sofia, "Puteri" kan, "Putera" tak boleh makan. πŸ˜‚



Bahan-bahan :

  • 1 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna (Merah, Oren, Hijau)
  • 1/4 biji kelapa parut
  • 1 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan


Cara-cara :

  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  2. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga tepung boleh di buat doh.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan adun dengan pewarna ikut kesukaan.
  4. Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya.
  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  6. Apabila doh tadi sudah terapung, angkat dan asingkan.
  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  8. Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati. 

Foto : Google

21 April 2021

44# Daging Masak Hitam



Kali pertama cuba resepi ini dan hasilnya amat memuaskan. dan resepinya adalah dari Resepi Bonda. Boleh dicuba.

Bahan-Bahan:

  • 1kg daging | direbus dan dihiris ikut suka
  • 1 biji bawang besar | dipotong bulat
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 helai daun limau purut
  • 250ml air asam jawa
  • 250ml air rebusan daging
  • 125ml kicap pekat
  • Air secukupnya
  • 4 sudu makan gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan Kisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 4 batang serai


Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang serta cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan daging dan air rebusan daging.
  3. Setelah itu masukkan pula gula merah, kicap pekat dan air secukupnya. Kacau rata.
  4. Seterusnya tambahkan garam secukup rasa dan air asam jawa. Sebatikan.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bawang besar. Didihkan selama lima minit lagi.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Resepi & gambar : Resepi Bonda

Wordless Wednesday 2021/17

 

Kesabaran itu pasti mengalahkan hari yang berat sekalipun.

Hanya yang kurang bersyukur yang kalah, 

hanya yang kurang mengerti yang putus asa.

20 April 2021

43# Daging Goreng Kicap



Bahan-bahan :
  • 1/2 Kg Daging
  • 1 Biji Bawang Besar - dihiris
  • 2-3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Cili Merah
  • 2 Biji Cili Hijau
  • 3 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • Kicap secukup rasa (Selalu guna Kicap Mudim)
  • 1 inci Halia - dihiris
  • Sedikit Air
  • Garam
  • 2-3 Sudu Besar Minyak
  • 1 Batang Kayu manis
 
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, hirisan halia dan hirisan daging sehingga empuk.
  2. Bila daging kering dan naik minyak
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan Sos Tiram, Sos Tomato, Sos Cili dan Kicap. Kacau rata.
  5. Masukkan Garam (secukup rasa).
  6. Masukkan air ikut kehendak (untuk kuah). Biarkan mengelegak.
  7. Sedia untuk hidangkan. 

 

kredit : google.

19 April 2021

42# Tempe Sambal Bilis

 
Bahan-Bahan:
  • 2 pek tempe
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • gula secukup rasa
 
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak secukupnya. Hiris tempe nipis-nipis dan goreng atas api perlahan sehingga garing. Setelah keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak. Tinggalkan dalam anggaran 1 senduk.
  4. Kisar bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. Tutup api.
  7. Gaulkan dengan tempe dan ikan bilis goreng tadi.

 Kredit gambar : google


18 April 2021

41# Gulai Ayam Sayur Bendi


Bahan-Bahan :

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 - 8 ulas bawang putih kisar
  • 1- 2 inci halia muda kisar
  • 4 - 5 sudu besar bawang kisar
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • Santan
  • Air 
  • Minyak
  • 2 biji ubi kentang - potong 4
  • 1 biji tomato - potong 4
  • 10 batang bendi


Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan bawang besar. Masak bahan bahan tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit santan dan rempah kari, masak sehingga rempah garing. Masukkan ayam, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa. Masukkan lebihan santan.
  3. Setelah kuah agak pekat dan pecah minyak, masukkan bendi dan tomato. Masakkan 2 - 4 minit, kemudian matikan api. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Kredit gambar : google

17 April 2021

40# Ayam Paprik

Salam Ramadhan..
Belum terlambat untuk Cida ucapkan kepada semua. Tak berkesempatan untuk update entri di awal Ramadhan yang lalu.

 

Bahan-bahan:
  • 2 keping dada ayam (potong nipis)
  • 2 biji cili padi - diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar - hiris bulat
  • 1/2 cawan air
  • 1 batang lobak (dihiris memanjang)
  • Bunga kobis
  • 1 tomato (dipotong 4)
  • 3 pucuk jagung (dihiris serong)
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit kicap manis
  • 2 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1/2 inci halia (dihiris nipis)
  • 2 sudu makan cili kering kisar

 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keputihan. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama bagi menumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar masak sehingga pecah minyak
  4. Masukkan gula. Kacau sebentar.
  5. Masukkan sedikit kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata.
  6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biar kuah melekat pada ayam.
  7. Masukkan serai, daun limau purut, tomato, lobak, air dan sedikit garam.
  8. Masukkan bunga kobis, jagung dan bawang besar.
  9. Angkat dan boleh hidang bila kuah dah pekat dan ayam dah masak. 

 Kredit gambar : google

14 April 2021

Wordless Wednesday 2021/16



Jika kamu menyambut siang dan malam dengan sukacita,

Kamu memiliki alasan untuk bahagia.

(Henry David Thoreau)

08 April 2021

Melawat Ibu Bapa "Sakit" di Kampung


Tahun PKP ni, banyak kali dengar guna alasan ibu bapa sakit untuk balik kampung. Pasti seronok dapat balik kampung melawat ibu bapa sambil bercuti. Ibu bapa pun tak kurang juga seronok bila anak-anak balik kampung.

Sudah balik, kemudian pergi melawat sedara mara dari rumah ke rumah. Silaturrahim katanya. Tanpa kuarantin kendiri dulu. Makan dan laga-laga pipi semua. Ingat ikan laga ka? Sudahnya SOP terbang melayang. Rindu setahun tak ketemu gayanya.

Masa di rumah ibu bapa hanya sebelah malam atas alasan malam, ya malam, banyak tempat peranginan tutup. Siang hari, seperti wau kesana kesini pergi tempat peranginan bawa keluarga berkelah. Tak cukup dengan itu, diangkut sekali orang tua "sakit" tu kehulu kehilir berkelah.

Sedar-sedar tiga [3] hari sudah balik kampung yang kunon melawat ibu bapa sakit. Tinggal sehari sebelum balik ke sarang, dibuatnya jamuan makan sedara-mara. Ramai datang bertandang. Jem.

Habislah empat [4] hari masa untuk melawat ibu bapa "sakit", masa untuk pulang ke sarang. Selepas pulang, upload gambar sebagai kenangan ke sini ke sana, dengan caption #kitajagakita. Kemain. Kebetulan kedua-duanya ibu bapa jatuh sakit. Anak yang kunonnya melawat ibu bapa "sakit" terus hilang dari radar gamaknya.
 
Resah hati bila teringatkan orang tua yang sakit betul-betul di kampung ni. Budak kecil boleh ditegur, kalau sudah beranak pinak, air kosong dengan air laici pun boleh bezakan (apa kena mengena?), nak kena marah lagi ke? Tak kuasa nak marah dah. Beringat sebelum terjadi, kalau nasi sudah jadi bubur. Jangan menyesal dikemudian hari.

07 April 2021

Wordless Wednesday 2021/15


"Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah yang bermuka dua,
 
yang mana dia datang pada suatu kaum dengan muka sekian, dan
 
dengan kelompok yang lain dia bermuka yang lain."

(HR al-Bukhari dan Muslim)

06 April 2021

Novel | Dendam Bersulam Cinta Oleh Sara Aisha

 

Judul: Dendam Bersulam Cinta
ISBN: 978-967-469-164-6
Halaman: 639
Penulis: Sara Aisha



Bila baca sinopsis Cida bayangkan pergaduhan besar antara Jannah dan Amsyar dalam mencari kebahagian mereka. Jannah akan fight Amsyar macam Agent Smith, kuatnya imaginasi Cida.

Bila baca watak Jannah yang cuba disampaikan, terlalu baik untuk wanita tahun 2020 ni. Masih ada lagi ke wanita macam ni? berbolak balik dengan rasa cinta pada Amsyar dan akhirnya kalah dengan perasaan sendiri sehingga rahsia sebenar terbongkar.

Amsyar pula masih dengan dunia dendam yang takda kesudahan, sehingga memakan diri sendiri dan rumah tangganya sendiri. Geram pula dengan sikap Amsyar ni, macam orang tak waras, buat Jannah macam-macam.

Bila Jannah mahukan perpisahan antara mereka, wahh! Akhirnya Jannah sudah sedar, memberi ruang antara mereka berdua untuk mencari semula diri sendiri dan menyayangi diri sendiri. Comel bila Jannah terjebak dengan kehidupan berbeza 360 dari sebelum ini. Dan Amsyar, goodjob.

03 April 2021

Novel | Isteri CEO Viral Oleh Batiah Hadi

 

Judul: Isteri CEO Viral
ISBN: 978-967-86-0965-4
Halaman: 480
Penulis: Batiah Hadi

Sinopsis
Benjamin Idris atau Ben merupakan CEO terkenal di media sosial. Bella pula seorang gadis biasa yang masih menganggur. Dia terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Pada suatu hari, Ben menyelamatkan Bella daripada samseng di sebuah pusat hiburan. Sejak itu, mereka asyik bertemu.

Apabila gambar Ben dan sepupunya, Erinna tular di media sosial, Ben memaksa Bella mengahwininya. Mereka perlu menularkan imej sweet dan lovely sebagai relationship goal untuk mengaburi pandangan netizen terhadap gosip Ben dan Erinna. Namun, awal-awal lagi Ben sudah memberi amaran kepada Bella supaya jangan jatuh cinta padanya.

“Saya berterus terang supaya awak tak kecewa bila tiba-tiba awak jatuh cinta pada saya. Saya tak nak awak salah faham dengan semua perhatian dan layanan saya bila kita kahwin nanti. Saya buat semua tu mungkin sebab nak selamatkan syarikat saya aje.” - Ben

“Awak tak ada hati perut, Ben. Sanggup awak ugut saya kahwin dengan awak? Awak gunakan kelemahan saya untuk paksa saya kahwin dengan awak. Boleh ke saya jatuh cinta dengan orang macam tu?” - Bella

Mampukah mereka untuk tidak jatuh cinta? Pada masa yang sama, hubungan mereka diuji dengan kisah lampau. Hatta masih berharap pada Bella. Malika pula tidak berhenti mengejar Ben dan juga Erinna yang mula sedar dia harus merebut Ben daripada Bella.
 
Paling Cida suka bila pertemuan kali kedua antara Ben dan Bella di gerai burung puyuh goreng. Pertemuan itu bersambung kepada Ben menyelamatkan Bella dari dicabul oleh lelaki tua yang Bella hormati. Kejadian itu tidak berhenti disitu, dan membawa kepada pertemuan seterusnya yang mengikat Ben dan Bella.

Jalan cerita menarik, banyak mengenai Bella yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya. Ben yang romantik, Bella yang cuba untuk mengatasi traumanya terhadap kisah lalu bertambah menarik.

Kesudahan cerita yang menarik buatkan Cida nak baca dan baca lagi. Bella oh Bella, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan?

02 April 2021

8 Khasiat Bayam Brazil Yang Ramai Tidak Tahu



Tengah mencari resepi ternampak beberapa update mengenai khasiat Bayam Brazil yang Cida sendiri baru tahu. Sebelum ini hanya makan bayam biasa, pertama kali mencuba, dan rasanya sama seperti sayuran hijau yang lain.

Tahukah Anda?
Vitamin dan mineral
  • Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan iaitu:
  • Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata, mengatur system imunisasi dan berkembangan embrio.
  • Vitamin C: Antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dan system ketahanan badan
  • Vitamin K: Penting bagi proses pembekuan darah.
  • Asid folik: Sangat penting bagi wanita mengandung bagi pertumbuhan sel dan tisu.
  • Zat besi: Menghasilkan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan
  • Kalsium: Mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot.
  • Komponen lain
Selain vitamin dan mineral, bayam brazil juga mempunyai beberapa komponen penting seperti:
  • Lutein dan Zeaxanthin: Meningkatan kesihatan mata
  • Kempferol: Mengurangkan risiko kanser
  • Nitrates: Penting untuk mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung
  • Quercetin: Sebagai antioksidan yang mengurangkan jangkitan dan keradangan.
 
Kebaikan dan Khasiat bayam Brazil
Secara umumnya, khasiat bayam brazil adalah lebih kurang sama seperti jenis bayam yang lain. Berikut merupakan kebaikan bayam kepada kesihatan:

1. Mencegah kanser
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) and monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser.

Selain itu, bayam juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu mencegah risiko kanser. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bayam ini mengurangkan risiko kanser prostat dan payu dara.

2. Melawan radikal bebas
Radikal bebas terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis.

Bayam memgandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Meningkatkan kesihatan mata
Bayam diperkaya dengan zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen karotenoid yang memberi warna dalam sayur-sayuran.

Zeaxanthin dan lutein mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.

Tambahan pula, kandungan vitamin A dalam bayam juga penting bagi kesihatan mata kerana ia merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

4. Menurukan berat badan
Seperti sayuran hijau yang lain, bayam juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia membantu kita untuk mengawal porsi makanan dan berasa kenyang lebih lama.

5. Meningkatkan sistem ketahanan badan
Selain berfugsi untuk kesihatan mata, vitamin A dalam bayam juga berperanan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih.

Sel darah putih memainkan peranan penting dalam melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang badan.

6. Mengelakkan sembelit
Seperti yang telah disebutkan di atas, bayam mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain mengurangkan berat badan, serat juga dapat mengelakkan daripada sembelit.

Bayam merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

7. Mengawal tekanan darah tinggi
Darah tinggi adalah penyakit yang membawa kepada banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dicegah.

Nitrate memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Bayam merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi.

Selain itu, kandungan asid folik dalam bayam juga membantu untuk melebarkan saluran darah serta melancarkan aliran darah dalam badan.

8. Sumber vitamin K
Bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 Β΅g untuk 100 grams bayam mentah.

Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K juga penting bagi kesihatan tulang, jantung dan mencegah kanser.
Siapa yang perlu ambil perhatian?

Walaupun bayam terdapat banyak khasiat untuk kesihatan, namun ada golongan yang perlu menghadkan pengambilannya, iaitu:

1. Pesakit batu karang
Batu karang adalah disebabkan oleh pembentukan asid dan garam mineral. Batu kalsium merupakan jenis batu karang yang biasa berlaku, dan ia terdiri daripada kalsium oxalate.

Bayam mengandungi kandungan kalsium dan oxalate yang tinggi. Mereka yang mempunyai risiko menghidapi batu karang disarankan untuk menghadkan pengambilan bayam bagi mengurangkan risiko.

2. Pesakit yang mengambil ubat cair darah

Kandungan vitamin K dalam bayam berfungsi dalam proses pembekuan darah. Vitamin K akan mengganggu tindak balas ubat cair darah seperti warfarin. Oleh itu, mereka yang mengambil ubat cair darah, perlu berbincang dengan doktor sebelum mengambil bayam dengan jumlah yang banyak.
Kesimpulan

Bayam Brazil merupakan sayur hijau yang mudah ditanam dan membesar.
Ia mengandungi pelbagai nutrien termasuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengawal tekanan darah, mencegah kanser dan bertindak sebagai antioksida. Semoga artikel khasiat bayam brazil ini dapat memberi manfaat kepada anda
 
Info : https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/khasiat-bayam-brazil-yang-ramai-tidak-tahu/

01 April 2021

[Hiking] Bukit Sg Long, Kajang v2


Sejak boleh bersukan ni, kawan seorang ni ketagih nak ajak memanjat bukit lagi. Bersungguh-sungguh dia ajak lepas seminggu ke seminggu tertangguh. Hari Ahad lepas, terlepas juga seorang Cida ke Bukit Sg Long, Kajang buat kali keduanya selepas dua [2] bulan lebih duduk rumah tanpa bersenam. Nak kurus, tapi kerja makan dan makan.

Harini bukan rezeki untuk lihat awan karpet walaupun sampai di kaki bukit di awal pagi. 

Plan seterusnya ke Beryls Seri Kembangan, untuk menambah kilos. Penat panjat bukit yang minta separuh nyawa tadi, seolah-olah ditebus dengan cokelat Beryls yang diborong sampai RM200.00. Misi masih sama, mahu kurus! Sambil mengunyah cokelat dalam kereta. πŸ˜‘
 
gambar google