18 April 2021

41# Gulai Ayam Sayur Bendi


Bahan-Bahan :

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 - 8 ulas bawang putih kisar
  • 1- 2 inci halia muda kisar
  • 4 - 5 sudu besar bawang kisar
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • Santan
  • Air 
  • Minyak
  • 2 biji ubi kentang - potong 4
  • 1 biji tomato - potong 4
  • 10 batang bendi


Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan bawang besar. Masak bahan bahan tadi sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit santan dan rempah kari, masak sehingga rempah garing. Masukkan ayam, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa. Masukkan lebihan santan.
  3. Setelah kuah agak pekat dan pecah minyak, masukkan bendi dan tomato. Masakkan 2 - 4 minit, kemudian matikan api. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Kredit gambar : google

2 comments:

  1. sedap ni cicah roti paratha atau roti canai utk moreh.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi buat gulai ayam bubuh bendi.. selalu bubuh kentang je.. menarik..

    ReplyDelete