21 April 2021

44# Daging Masak Hitam



Kali pertama cuba resepi ini dan hasilnya amat memuaskan. dan resepinya adalah dari Resepi Bonda. Boleh dicuba.

Bahan-Bahan:

  • 1kg daging | direbus dan dihiris ikut suka
  • 1 biji bawang besar | dipotong bulat
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 helai daun limau purut
  • 250ml air asam jawa
  • 250ml air rebusan daging
  • 125ml kicap pekat
  • Air secukupnya
  • 4 sudu makan gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan Kisar:

  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 4 batang serai


Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang serta cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan daging dan air rebusan daging.
  3. Setelah itu masukkan pula gula merah, kicap pekat dan air secukupnya. Kacau rata.
  4. Seterusnya tambahkan garam secukup rasa dan air asam jawa. Sebatikan.
  5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bawang besar. Didihkan selama lima minit lagi.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Resepi & gambar : Resepi Bonda

5 comments:

  1. Sedap daging masak hitam ni. Saya suka. :)

    ReplyDelete
  2. Makan dengan ketupt,sedapnya.

    ReplyDelete
  3. Sedap daging masak hitam. Kuah minyaknya tu pun sedap sangat gaul dengan nasi putih.

    ReplyDelete
  4. sedap ini buat lauk bersahur..

    ReplyDelete
  5. sedapnya tak payah masak lauk lain dah sedap dah ni

    ReplyDelete