22 April 2021

45# Putri Mandi/Badak Berendam Tanpa Inti

Salam Ramadhan.. Petang tadi balik kerja sempat buat Puteri Mandi saja. Lauk pauk untuk berbuka kita main tunjuk-tunjuk dibazaar. πŸ˜‰ Cida tak buat banyak sebab Cida dan Sofia saja makan, suami tak makan. Bak kata Sofia, "Puteri" kan, "Putera" tak boleh makan. πŸ˜‚



Bahan-bahan :

  • 1 Cawan tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • Perwarna (Merah, Oren, Hijau)
  • 1/4 biji kelapa parut
  • 1 senduk gula (ikut citarasa)
  • Air untuk larutkan gula
  • Daun pandan


Cara-cara :

  1. Campurkan tepung pulut dengan sedikit garam halus.
  2. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga tepung boleh di buat doh.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, dan adun dengan pewarna ikut kesukaan.
  4. Apabila perwarna dah sebati, bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya.
  5. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  6. Apabila doh tadi sudah terapung, angkat dan asingkan.
  7. Didalam periuk yang lain, panaskan air, gula & daun pandan. Apabila air gula sudah mendidih, buang daun pandan tersebut & tambahkan kelapa parut. Didih sehingga cukup likat (ikut citarasa)
  8. Apabila sudah likat & mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi & kacau sebati. 

Foto : Google

6 comments: