Bihun Goreng


Salam Ramadhan, petang ni teringin sangat nak makan bihun goreng. Jadi Cida buat bihun goreng resepi 100% dari https://resepichenom.com/. Boleh cuba resepi ni. Goreng tadi tak tengok jam. Tutup api dapur baru 5.30 petang. Termenung tengok bihun tu. 😓 awai sangat. Rasa jangan tanya sebab belum boleh makan. 😁
 
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
Bahan-bahan untuk lain:
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam
  • 1 ketul kiub ikan bilis
  • 3 keping fish cake
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 pek bihun
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1 biji tomato
  • 1 mangkuk taugeh
Bahan-bahan untuk taburan:
  • Cili merah
  • Daun bawang
  • Limau nipis
Cara Penyediaan:
  1. Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
  2. Potong fishcake, tomato dan isi ayam.
  3. Sayur sawi asingkan bahagian batang dan daun kemudian potong kecil.
  4. Hiris nipis cili merah, daun bawang dan limau nipis untuk hiasan.
  5. Tumbuk bawang yang telah dipotong tadi dengan sedikit udang kering.
  6. Panaskan kuali dan tumis bahan sehingga kekuningan.
  7. Masukkan cili kisar.
  8. Kacau sekejap hingga cili berubah warna jadi gelap.
  9. Masukkan isi ayam, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedikit garam.
  10. Masukkan kiub ikan bilis, fishcake, batang sawi, air dan lada sulah.
  11. Boleh tambah telur (optional).
  12. Masukkan bihun yang dah direndam.
  13. Kalau bihun masih keras, tuang air sikit-sikit kacau sampailah lembut.
  14. Masukkan daun sawi, tomato dan taugeh (boleh ganti dgn hirisan sayur kobis).
  15. Boleh tambah kicap atau sos kalau suka.
  16. Kalau kurang masin boleh tambah dengan garam, kalau masih keras tambah air sikit.
  17. Hidangkan dengan cili potong, daun bawang dan hirisan limau nipis.
Resepi dan gambar : https://resepichenom.com/
Bihun Goreng Bihun Goreng Reviewed by Ibucida on 4/28/2021 06:06:00 pm Rating: 5

4 comments:

  1. hahahaha samalah! masak lauk td, eh tgok jam baru pkul5 😂

    ReplyDelete
  2. Samalah menu buka puasa kita, kelmarin pun mee hoon goreng juga.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.