02 April 2021

8 Khasiat Bayam Brazil Yang Ramai Tidak Tahu



Tengah mencari resepi ternampak beberapa update mengenai khasiat Bayam Brazil yang Cida sendiri baru tahu. Sebelum ini hanya makan bayam biasa, pertama kali mencuba, dan rasanya sama seperti sayuran hijau yang lain.

Tahukah Anda?
Vitamin dan mineral
  • Bayam Brazil kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada kesihatan iaitu:
  • Vitamin A: Penting untuk kesihatan mata, mengatur system imunisasi dan berkembangan embrio.
  • Vitamin C: Antioksidan yang meningkatkan kesihatan kulit dan system ketahanan badan
  • Vitamin K: Penting bagi proses pembekuan darah.
  • Asid folik: Sangat penting bagi wanita mengandung bagi pertumbuhan sel dan tisu.
  • Zat besi: Menghasilkan hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh badan
  • Kalsium: Mineral penting bagi kesihatan tulang dan juga memberi signal kepada sistem saraf, jantung dan otot.
  • Komponen lain
Selain vitamin dan mineral, bayam brazil juga mempunyai beberapa komponen penting seperti:
  • Lutein dan Zeaxanthin: Meningkatan kesihatan mata
  • Kempferol: Mengurangkan risiko kanser
  • Nitrates: Penting untuk mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung
  • Quercetin: Sebagai antioksidan yang mengurangkan jangkitan dan keradangan.
 
Kebaikan dan Khasiat bayam Brazil
Secara umumnya, khasiat bayam brazil adalah lebih kurang sama seperti jenis bayam yang lain. Berikut merupakan kebaikan bayam kepada kesihatan:

1. Mencegah kanser
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) and monogalactosyl diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser.

Selain itu, bayam juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu mencegah risiko kanser. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bayam ini mengurangkan risiko kanser prostat dan payu dara.

2. Melawan radikal bebas
Radikal bebas terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan meningkatkan risiko kanser dan kencing manis.

Bayam memgandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta mengurangkan risiko penyakit tersebut.

3. Meningkatkan kesihatan mata
Bayam diperkaya dengan zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen karotenoid yang memberi warna dalam sayur-sayuran.

Zeaxanthin dan lutein mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang merupakan penyebab utama kebutaan. Kedua-dua komponen ini dapat menapis sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.

Tambahan pula, kandungan vitamin A dalam bayam juga penting bagi kesihatan mata kerana ia merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.

4. Menurukan berat badan
Seperti sayuran hijau yang lain, bayam juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia membantu kita untuk mengawal porsi makanan dan berasa kenyang lebih lama.

5. Meningkatkan sistem ketahanan badan
Selain berfugsi untuk kesihatan mata, vitamin A dalam bayam juga berperanan untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih.

Sel darah putih memainkan peranan penting dalam melawan penyakit atau jangkitan yang menyerang badan.

6. Mengelakkan sembelit
Seperti yang telah disebutkan di atas, bayam mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain mengurangkan berat badan, serat juga dapat mengelakkan daripada sembelit.

Bayam merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.

7. Mengawal tekanan darah tinggi
Darah tinggi adalah penyakit yang membawa kepada banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dicegah.

Nitrate memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Bayam merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi.

Selain itu, kandungan asid folik dalam bayam juga membantu untuk melebarkan saluran darah serta melancarkan aliran darah dalam badan.

8. Sumber vitamin K
Bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100 grams bayam mentah.

Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K juga penting bagi kesihatan tulang, jantung dan mencegah kanser.
Siapa yang perlu ambil perhatian?

Walaupun bayam terdapat banyak khasiat untuk kesihatan, namun ada golongan yang perlu menghadkan pengambilannya, iaitu:

1. Pesakit batu karang
Batu karang adalah disebabkan oleh pembentukan asid dan garam mineral. Batu kalsium merupakan jenis batu karang yang biasa berlaku, dan ia terdiri daripada kalsium oxalate.

Bayam mengandungi kandungan kalsium dan oxalate yang tinggi. Mereka yang mempunyai risiko menghidapi batu karang disarankan untuk menghadkan pengambilan bayam bagi mengurangkan risiko.

2. Pesakit yang mengambil ubat cair darah

Kandungan vitamin K dalam bayam berfungsi dalam proses pembekuan darah. Vitamin K akan mengganggu tindak balas ubat cair darah seperti warfarin. Oleh itu, mereka yang mengambil ubat cair darah, perlu berbincang dengan doktor sebelum mengambil bayam dengan jumlah yang banyak.
Kesimpulan

Bayam Brazil merupakan sayur hijau yang mudah ditanam dan membesar.
Ia mengandungi pelbagai nutrien termasuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang memberi manfaat kepada kesihatan seperti mengawal tekanan darah, mencegah kanser dan bertindak sebagai antioksida. Semoga artikel khasiat bayam brazil ini dapat memberi manfaat kepada anda
 
Info : https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/khasiat-bayam-brazil-yang-ramai-tidak-tahu/

4 comments:

  1. Terima kasih perkongsian ya. Sedap buat ulam tak pun tumis kering.

    ReplyDelete
  2. Selalu makan bayam brazil ni tapi tak pernah lagi cari maklumat tentang khasiatnya.

    ReplyDelete