08 April 2021

Melawat Ibu Bapa "Sakit" di Kampung


Tahun PKP ni, banyak kali dengar guna alasan ibu bapa sakit untuk balik kampung. Pasti seronok dapat balik kampung melawat ibu bapa sambil bercuti. Ibu bapa pun tak kurang juga seronok bila anak-anak balik kampung.

Sudah balik, kemudian pergi melawat sedara mara dari rumah ke rumah. Silaturrahim katanya. Tanpa kuarantin kendiri dulu. Makan dan laga-laga pipi semua. Ingat ikan laga ka? Sudahnya SOP terbang melayang. Rindu setahun tak ketemu gayanya.

Masa di rumah ibu bapa hanya sebelah malam atas alasan malam, ya malam, banyak tempat peranginan tutup. Siang hari, seperti wau kesana kesini pergi tempat peranginan bawa keluarga berkelah. Tak cukup dengan itu, diangkut sekali orang tua "sakit" tu kehulu kehilir berkelah.

Sedar-sedar tiga [3] hari sudah balik kampung yang kunon melawat ibu bapa sakit. Tinggal sehari sebelum balik ke sarang, dibuatnya jamuan makan sedara-mara. Ramai datang bertandang. Jem.

Habislah empat [4] hari masa untuk melawat ibu bapa "sakit", masa untuk pulang ke sarang. Selepas pulang, upload gambar sebagai kenangan ke sini ke sana, dengan caption #kitajagakita. Kemain. Kebetulan kedua-duanya ibu bapa jatuh sakit. Anak yang kunonnya melawat ibu bapa "sakit" terus hilang dari radar gamaknya.
 
Resah hati bila teringatkan orang tua yang sakit betul-betul di kampung ni. Budak kecil boleh ditegur, kalau sudah beranak pinak, air kosong dengan air laici pun boleh bezakan (apa kena mengena?), nak kena marah lagi ke? Tak kuasa nak marah dah. Beringat sebelum terjadi, kalau nasi sudah jadi bubur. Jangan menyesal dikemudian hari.

3 comments:

  1. betul, jgn menyesal kemudian hari kan

    ReplyDelete
  2. niat dah bagus tapi hakikatnya ke laut.. Kadang geram dengan manusia sebegini..

    ReplyDelete