Recents in Beach

Biskut Dam



Salam Ramadhan.. Tak berkesempatan untuk update, kesibukan yang melampau. 😉 Tinggal beberapa hari lagi sehingga ke penghujung Ramadhan, pasti akan rindu bulan yang mulia ini.
 
Cida teringin lama nak buat biskut dam ni. Tapi tak berseni. Tengok sajalah hasil biskut dam yang telah Cida buat. 😁 Rasa InsyaAllah boleh makan. Masih sempat nak buat biskut ni, resepi seperti di bawah.

Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan planta
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 3 sb serbuk koko
Cara-cara :
  1. Pukul planta dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur dan tepung gaul sebati .
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan serbuk koko.
  4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit.

Cara Lapiskan Dam :
  1. Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz.
  2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu. Buat 4 lapis.
  3. Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping. Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.
  4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan susunan itu.
  5. Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu kita akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.
  6. Bakar pada suhu 165C selama 10-15 minit.

Post a Comment

2 Comments