02 June 2021

Lockdown Fasa I : 1Jun - 14 Jun 2021 Total Lockdown

Salam Syawal buat semua. Tenggelam lama kali ini dek makan ketupat dan rendang. Syawal pun tinggal seminggu lebih sebelum beransur meninggalkan kita. Kita semua akui tahun ni sambutan Syawal terasa sangat berbeza berbanding tahun lepas yang masih boleh kunjung mengunjungi. Tahun ni dengan self-kuarantin dan pagar tutup rapat di pagi raya.
 
Belum habih mood beraya, pengumuman Lockdown bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021. Bersiap sedia untuk melawan C19. Pertambahan kes baharu makin meningkat. Risau, semua orang risau bila melibatkan kanak-kanak.

Duduk rumah dan amalkan kebersihan diri. Cida bila ternampak status kawan-kawan sekolah dan adik beradik yang bekerja sebagai frontliner meluahkan mereka penat. Ya Allah.. sedihnya 😢 kita walaupun bertahun tak dapat berjumpa ibu ayah, tapi masih ada pilihan bekerja di rumah. Mereka tiada pilihan melainkan bekerja di samping rindu keluarga. Semoga pengorbanan mereka ini terbalas suatu hari kelak.
 
Setiap kali lepas pegang barang, amalkan cuci tangan dengan sabun. Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut dengan keadaan tangan tidak bercuci. Duduk dirumah, amalkan jarak 1 meter apabila berdepan dengan orang luar. Lebih baik elakkan berjumpa.

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari C19, dan semoga cepat sembuh kepada pesakit C19.

7 comments:

  1. sama jugakk.. kite pun baru timbul je ni hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya, Cida..raya kan sebulan..hehe

    Betul Cida, diri sendiri kena ikut SOP dulu. Semua orang, dengan kita-kita dah penat. Frontliners apatah lagi kan. Stay safe!

    ReplyDelete
  3. kan kesian para frontliners, bertungkus lumus mereka. doakan semoga kita berjaya mengengkang penularan covid 19 ni

    ReplyDelete
  4. Semoga dijauhkan dari virus ni.

    ReplyDelete
  5. Selamat berPKP . Moga PKP ni dapat atasi wabak covid19

    ReplyDelete
  6. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, semoga Allah melindungi kita semua :)

    ReplyDelete
  7. Xpe ibu cida..selagi namanya syawal..makan pi la ape pun hehee asalkan menu raya hehee :)

    ReplyDelete