10 June 2021

Novel | Legasi Ketua Gengster Oleh Qhayra Qhayriesa

Judul: Legasi Ketua Gengster
ISBN:978-983-822-081-1
Halaman: 692
Penulis: Qhayra Qhayriesa
 
Tak boleh bayangkan macam mana Tengku Zaff yang ketua gengster tu boleh tahan dengan segala maki hamun kata-kata kesat dari Adania sepanjang perkenalan mereka dari belajar hingga berumah tangga. Orang kata kalau dah cinta, semuanya ok. 😀
 
Sedihnya Adania terperangkap dengan cerita palsu kematian kembarnya bertahun-tahun, pada masa yang sama cuba untuk membalas dendam pada keluarga Tengku Zaff. Kunonnya keluarga Tengku Zaff dan dalangnya. Tengku Zaff tak melatah.
 
Jalan cerita bertambah suspend bila muncul Kazar dan Elisya. Cerita ni kalau buat drama, macam KL Gengster. Ada yang curang, mata duitan dan akhirnya mengorbankan orang sekeliling. 

Ending cerita terjawab segala persoalan berkaitan pembunuh sebenar kembar Adania. Cuma yang boleh cakap, 'Tak sangka dia rupanya'.

*berkepuk-kepuk buku telah dibaca, tapi belum sempat nak review. penyakit M bermaharajalela.

2 comments:

  1. Tajuk pun lain macam... As masukkan dalam list, nanti nak beli... Tq review...

    ReplyDelete