Masak Asam Pedas Kepala Ikan Merah


Bahan kisar :
  • 1 biji bawang besar Holland - saiz besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 hirisan lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
  • Kepala Ikan Merah
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk
  • 1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
  • Garam - jika perlu
  • 500 ml air
  • Minyak masak
Sayuran:
  • Bendi
  • Buah tomato - belah 4

Cara cara:
  1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan jumlah bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan naik minyak.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan naik minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih, baru dimasukkan ikan dan bunga kantan.
  4. Kemudian masukkan sayuran seperti bendi tomato atau apa sahaja yang disukai.
  5. Kecilkan api dan biar ianya merenih lama lama sehingga sayur separuh lembut. Sayuran akan terus menjadi lembut ketika kuah disejukkan. Saya suka sayur yang tidak terlalu lembut ketika dimakan.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Masukkan garam, jika perlu 

Resepi : https://www.aziekitchen.com/
Gambar : https://www.kuali.com/
Masak Asam Pedas Kepala Ikan Merah Masak Asam Pedas Kepala Ikan Merah Reviewed by Ibucida on 8/27/2021 02:02:00 pm Rating: 5

5 comments:

  1. Sedapnya masakan asam pedas. Suka makan asam pedas ikan kembung. Asam pedas ikan merah belum pernah makan lagi. Bendi pun sedap diratah. Senang masakan macam ni sekali dengan sayur. Satu lauk je dah cukup :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul. cida suka masak asam pedas, simple dan mudah nak sediakan. terutama lepas balik keja. hihi

      Delete
  2. Eh dah lama juga PC tak masak asam pedas kepala ikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat kak. ganti ikan pari. hehehe

      Delete

Powered by Blogger.