Happy Anniversary @ 16 Ogos

Alhamdulillah.. bulan Ogos banyak peristiwa gembira dalam hidup Cida antaranya berkongsi bulan kelahiran dengan ahli keluarga yang lain dan juga tarikh bersejarah dalam kehidupan Cida. Tak banyak kisah cinta antara kami berdua sebelum dinikahkan, kerana kenal dan bercinta macam pjj lah juga. 😁

 

31 Mac 2010 - Berkenalan dan berkawan. Masing-masing masih belajar. seorang di Segamat, seorang di Chembong, N9. Selepas belajar, terus kerja. Suami pula pada tahun 2011, hampir kehilangan nyawa sebab terlibat dalam kemalangan, patah riuk tulang.

30 Jun 2012 - Bertunang. seminggu selepas arwah bakal FIL meninggal dunia. arwah antara orang yang paling teruja untuk ke kampung Cida. Pada mulanya, pihak keluarga sebelah perempuan beranggapan tarikh pertunangan akan ditunda. namun, keluarga mertua meneruskan majlis atas permintaan arwah sebelum menghembus nafas terakhirnya.

16 Aug 2013 - Bernikah. Selamat dinikahkan. Biasalah orang tua kita, kalau boleh tanak bertunang lama-lama sebab macam-macam dugaan yang mendatang. Setahun pun dah terlalu lama bagi mereka. Majlis sebelah perempuan, rombongan pengantin lelaki ditempatkan di homestay dan bekalan makanan disediakan, makanan tradisi orang Kedah iaitu sarapan dengan ikan pekasam bersama pulut dan kelapa parut. Kebanyakkan yang datang adalah muda-mudi, ramai tak pandai makan. 😝 hingga sekarang suami selalu cakap berkenaan ini, pengalaman pertama sarapan di Kedah katanya.

17 Aug 2013 - Majlis bersanding sebelah pihak perempuan. Dihadiri oleh semua sahabat dan ahli keluarga. Rombongan pengantin lelaki pun ramai memeriahkan majlis. Kawan belajar suami yang berasal dari sini pun turut hadirkan diri. Masa ni, kita jemput saja semua orang. 😄 paling advance masa ni jemputan melalui BBM & Facebook disamping kad jemputan.

24 Aug 2013 - Majlis bertandang ke sebelah lelaki. Semua ahli keluarga datang dari Utara. Ditempat di homestay dan habis majlis semua ke Soga dan Jalan TAR untuk shopping. 😍😍

https://www.ibucida.com/2019/08/ulangtahun-hari-bersejarah-1608-1708.html
https://www.ibucida.com/2012/06/al-fatihah-abah-azizul-hafiz.html
Happy Anniversary @ 16 Ogos Happy Anniversary @ 16 Ogos Reviewed by Ibucida on 8/16/2021 10:49:00 am Rating: 5

2 comments:

  1. Happy Anniversary ...semoga kekal bahagia hingga ke jannah....

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun perkahwinan.. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Aamiin..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.