Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun | Assalamualaikum Alhamdulillah kita berkesempatan lagi menyambut hari bersejarah bagi negara kita ini. Sempena hari kebangsaan yang disambut tahun ini bersama-samalah kita menghayati erti sebenar kemerdekaan dan dapat meningkatkan semangat patriotisme cintakan tanah air.

Kemerdekaan bukan saja bererti kita bebas daripada penjajahan tetapi kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk oleh empat aspek utama iaitu agama, bahasa, pendidikan dan sikap (akhlak).
 
Logo dan tema hari kemerdekaan bagi tahun 2021 masih dikekalkan sepertimana tahun sebelumnya (2020) iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Rekaan logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang turut dikekalkan.

Cida ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun.

*Teringin melihat perarakan Hari Kemerdekaan walaupun hanya di dalam kaca tv seperti dua tahun lepas.
Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 Tahun Reviewed by Ibucida on 8/31/2021 01:45:00 am Rating: 5

3 comments:

  1. Salam kemerdekaan Cida. Semoga kita segera bebas daripada virus yang sedang berada di sekitar kita. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 64.
    Merdeka!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.