Akulah Si Heroin! Oleh Syu Ariani (2019)

Akulah Si Heroin! Oleh Syu Ariani (2019) | Assalamualaikum  kali pertama membaca novel hasil karya Syu Ariani ni.


Judul : Akulah Si Heroin!
ISBN : 978-967-469-124-0
Halaman : 493
Penulis : Syu Ariani


Jalan cerita ringkas dan pembacaan agak santai kali ini. Berkisar kisah cinta antara seorang pemilik kafe dan seorang penulis novel, Aliff Haq. Di awal perceritaan, Aliya dan Aliff ditemukan semula setelah bertahun-tahun tidak bersua muka. Asal berjumpa pasti bercakaran. 

Aliya Jasmine membesar bersama ayah dan abangnya. Bekas tunangan Fakhri yang suatu ketika dulu cuba melakukan perkara tidak baik pada Aliya. Aliya seorang yang berdikari, modal yang diberi oleh ayah dan abangnya untuk perniagaan kafe Mikro dibayar oleh Aliya setiap bulan.  Aliya dan pekerjanya sangat rapat, terutama kawan baiknya Farizul dan Suraya.

Aliff Haziq seorang lulusan luar negara. Pulang ke tanah air dan menjadi penulis novel. Seorang anak dan abang yang bertanggungjawab. Suka sangat bergaduh dengan Aliya. Menjadi kegilaan Aliya J pada masa sekolah dulu. 

Sejak pertemuan semula mereka, Aliff setiap hari akan ke kafe Aliya bersama laptop dia. Setiap harilah Aliya akan bergaduh dengan Aliff. Dari panggilan Miss Stalker, berubah ke Melur ada-ada saja gelaran yang Aliff beri kepada Aliya. 

Suatu hari, pandangan Aliya terhadap Aliff berubah. Diselamatkan daripada cubaan tidak baik ke atas diri Aliya oleh Naim. Ini menjadikan Aliya makin takut bila berhadapan dengan lelaki.

Berkali-kali lamaran Aliff di tolak oleh Aliya. Jodoh. Akhirnya mereka dinikahkan. Dalam berumah tangga pun masih bergaduh sehingga mereka di uji. Masih kuatkah kepercayaan antara mereka? Siapakan punca badai yang melanda kali ini? Sampai hati Aliff buat Aliya begitu. Siapa sebenarnya Aliya J? Teruskan membaca untuk ketahui kisah sebenarnya..
Akulah Si Heroin! Oleh Syu Ariani (2019) Akulah Si Heroin! Oleh Syu Ariani (2019) Reviewed by Ibucida on 9/14/2021 08:13:00 am Rating: 5

3 comments:

  1. lamanya xlayan novel2 camni.. ni mcm menarik jgk jalan citenya..

    ReplyDelete
  2. macam penat je baca citer ni.. konflik x abis2 ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.