Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Atas permintaan Sofia, nak makan ayam masak kicap. 


Bahan-bahan :
Minyak masak
3 ulas bawang putih (blend)
3 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
3/4 ekor ayam potong kecil
Kicap Istimewa Mudim
1 biji Bawang besar (potong bulat)
1 biji Tomato (potong 4)
Sedikit air

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat setelah masak.
  2. Tumis bawang putih, Cida suka blend bersama 3 sekawan tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap dan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan ayam goreng tadi. Biarkan seketika.
  5. Masukkan bawang besar dan tomato.
  6. Sedia untuk dihidang.
*bila guna kicap Istimewa Mudim, jarang cida letak garam ataupun perasa.
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap Reviewed by Ibucida on 9/21/2021 02:30:00 pm Rating: 5

6 comments:

  1. tak pernah cuba lagi brand Mudim. Terliur tengok ayam masak kicap tu sis

    ReplyDelete
  2. Sedap. Lauk kegemaran ni. Lagi kalau jalan jauh atau pergi mana-mana sebelum-sebelum ni bawa bekal makanan inilah lauk wajib masak kicap.

    ReplyDelete
  3. Aduhaiii sedapnya ayam masak kicap. Berselera makan macam ni :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.