Cinta Tak Setaraf Oleh M y n | Wattpad

Cinta Tak Setaraf Oleh M y n | Wattpad . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Semalam baca guna applikasi Wattpad dan pilihan cerita  yang pertama adalah :


Judul : Cinta Tak Setaraf
Penulis : M y n

Irsya Sakura seorang anak yatim piatu, kematian kedua ibu bapanya disebabkan oleh hasad dengki. Sudah jatuh ditimpa tangga. Akibat tamak dan sikap tak berhati perut bapa saudaranya, rumah Irsya dijual dan dia dihalau. Namun, takdir dipertemukan dengan keluarga angkat yang baik yang berkeinginan untuk memiliki anak perempuan.

Faez, lelaki yang dicintainya telah berjumpa dan berkasih dengan sepupunya sendiri. Sedih bukan kepalang.

Idlan, Idhan dan Adrian adalah adik beradik angkat Irsya. Mereka baik, kecuali Idhan. Kerana kisah silamnya berkait rapat dengan perempuan, dia menjadi anti perempuan termasuklah mamanya sendiri. Irsya menjadi mangsa, dipukul, dihina, dihardik, dimaki dan segala macam 'di' lagi. Silap sikit Irsya yang dipersalah. Cida baca sedih bila perempuan diperlakukan begitu sekali. Memang sangat sedih.

Menjadi titik kepada perhubungan yang rapat, apabila Irsya diculik oleh musuh lama Adrian dikampung semasa mereka sekeluarga pulang untuk mengadakan majlis sebelum perkahwinan Adlan. Dalam kejadian ni, penulis ada menyarakan keadaan Irsya yang dikerjakan oleh dua tiga lelaki. Tragik rasanya dipukul oleh lelaki.

Mereka dinikahkan setelah kedua-duanya bersetuju. Sehingga sesuatu berlaku pada Idhan. Kena baca untuk cerita seterusnya.
Cinta Tak Setaraf Oleh M y n | Wattpad Cinta Tak Setaraf Oleh M y n | Wattpad Reviewed by Ibucida on 9/20/2021 10:38:00 pm Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.