Hempedu Apa Masalah Kesihatan Berkaitan

Hempedu Apa Masalah Kesihatan Berkaitan | Assalamualaikum  Hai, pernah alami keadaan dimana lepas makan ayam goreng mahupun cucur jagung rasa sakit di bahagian bawah hati pada bahagian kanan atas perut? Ada setengah orang rasa sakit tu hingga ke bahagian belakang. Dalam makna lain adalah sakit pundi hempedu. Ya! hempedu. Cida pernah mengalami batu hempedu pada tahun 2015, dan minggu ni MIL dikhabarkan hempedu telah pecah dan dalam proses untuk pembedahan namun risiko amat tinggi. 😟

Pundi hempedu atau gallbladder adalah organ yang berbentuk seperti buah pir, dengan kepanjangan 4 inci. Ia terletak di bawah hati pada bahagian kanan atas perut. Juga menyimpan sebatian yang dihasilkan oleh hati untuk mencerna lemak serta membantu badan menyerap vitamin dan nutrien larut dalam lemak. 

Pada pundi hempedu yang sihat, proses ini akan berlaku tanpa rasa sakit.

Pun begitu, jika berlaku penyumbatan di pundi hempedu, ia akan menjejaskan fungsi atau mewujudkan masalah sakit hempedu dan ketidakselesaan boleh terjadi.

Masalah kesihatan berkaitan sakit hempedu
  1. Keradangan pundi hempedu
    • Turut dikenali sebagai kolesistitis (cholecystitis). Ia boleh menjadi masalah kesihatan akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).
    • Keradangan kronik adalah hasil daripada beberapa serangan kolesistitis akut.
    • Keradangan yang berlaku boleh merosakkan organ ini sehingga menghilangkan kemampuannya untuk berfungsi dengan baik.
  2. Batu hempedu
    • Gallstones adalah deposit kecil dan keras terbentuk di pundi hempedu. Deposit ini boleh berkembang tanpa dikesan selama bertahun-tahun.
    • Batu ini boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti radang, jangkitan dan kesakitan. Ia juga boleh mengakibatkan kolesistitis akut.
    • Umumnya, saiz batu hempedu sangat kecil. Tetapi ia boleh bertambah besar sehingga menyekat saluran keluar daripada pundi hempedu.
    • Kebanyakan batu ini terhasil daripada kolesterol dalam hempedu.
    • Ada juga batu lain seperti batu pigmen yang terbentuk daripada kalsium bilirubinate – bahan kimia yang dihasilkan ketika badan memecahkan sel darah merah.
  3. Batu hempedu biasa
    • Sakit hempedu ini terjadi apabila wujud batu pada saluran hempedu biasa, ia dikenali sebagai choledocholithiasis.
    • Dalam kebanyakan kes, batu jenis ini sebenarnya batu yang berkembang pada gallbladder dan kemudian disalurkan ke saluran hempedu. Ia turut disebut sebagai batu sekunder.
    • Ada juga batu yang berkembang pada saluran hempedu dan dikenali sebagai batu primer. Ia lebih berisiko menyebabkan jangkitan berbanding batu sekunder.
  4. Penyakit hempedu tanpa batu
    • Batu hempedu bukanlah punca kepada semua masalah kesihatan berkaitan organ berbentuk pir ini.
    • Penyakit hempedu tanpa batu boleh dialami di dalam gallbladder anda.
  5. Jangkitan saluran biasa
    • Berlaku apabila saluran tersumbat.
    • Umumnya, rawatan yang tersedia berkesan jika jangkitan dijumpai lebih awal. Sekiranya tidak, ia boleh merebak dan membawa maut.
  6. Nanah
    • Sebilangan pesakit batu hempedu mungkin mengalami nanah pada organ tersebut. Keadaan sakit hempedu ini dikenali sebagai empyema.
    • Nanah atau abses yang terhasil daripada gabungan sel darah putih, bakteria dan tisu mati boleh menyebabkan sakit perut yang teruk.
    • Jika masalah kesihatan ini tidak dirawat, ia boleh mengancam nyawa apabila jangkitan mula merebak.
  7. Ileus batu hempedu
    • Batu hempedu boleh masuk ke usus dan menyekatnya. Ia keadaan jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.
    • Biasa terjadi kepada individu berusia 65 tahun ke atas.
  8. Pundi berlubang
    • Jika dibiarkan terlalu lama sebelum rawatan, gallstone boleh mengakibatkan pundi berlubang. Ia boleh mengancam nyawa.
    • Sekiranya tidak dikesan, jangkitan perut berbahaya boleh berkembang dan merebak.
  9. Polip
    • Merupakan pertumbuhan tisu abnormal. Ia biasanya jinak atau bukan kanser. Dalam kebanyakan kes polip bersaiz kecil, ia tidak mendatangkan bahaya.
    • Namun, polip bersaiz besar mungkin perlu dikeluarkan secara pembedahan sebelum berkembang menjadi barah atau menyebabkan masalah kesihatan lain.
  10. Porcelain gallbladder
    • Organ sihat akan mempunyai dinding yang sangat berotot. Lama-kelamaan, deposit kalsium boleh mengeraskan dinding ini dan menjadikannya kaku – dikenali sebagai pundi hempedu porselin.
    • Jika mengalami keadaan ini, anda berisiko untuk menghidapi barah pundi hempedu.
  11. Kanser
    • Sakit hempedu melibatkan kanser ini jarang berlaku. Namun jika tidak dikesan dan dirawat, ia boleh merebak ke organ lain dengan cepat.

Sumber : https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/pundi-hempedu/keadaan-sakit-hempedu/
Hempedu Apa Masalah Kesihatan Berkaitan Hempedu Apa Masalah Kesihatan Berkaitan Reviewed by Ibucida on 9/02/2021 09:10:00 am Rating: 5

4 comments:

  1. Terima kasih Cida perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian ni.. Cousin Naniey baru buat operation 2 minggu lepas tak silap.

    ReplyDelete
  3. Hempedu perlu dijaga dgn baik juga kan

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagus.. terima kasih ye..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.