Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah (2016)

Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah (2016) . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Esok review novel yang lagi satu. Sehari dua ni duduk melepak di rumah layan novel..

Judul : Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah
ISBN: 978-967-469-024-3
Halaman: 855
Penulis: Mytun Abdullah



Teja Iman - Interrior Designer, watak yang cuba dibawa oleh penulis seorang gadis yang sangat kuat dan tabah. Seorang anak yatim piatu, dibesarkan oleh tok ayah, mak tok, maksu dan paksu. Pernah bercinta dan peristiwa hitam hampir meragut kehormatan hidup dengan bekas teman lelaki, menjadikan dia sangat kuat. Teja memulakan kehidupan barunya dan cuba untuk melupakan semuanya. 

Uqail Wasim, mamat Benggali karpet yang hilang upaya untuk berjalan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana cubaan untuk selamatkan perempuan berbaju merah. Berputus asa selepas kejadian itu. Rupanya perempuan tu adalah Teja. Ya Teja Iman Tajuddin! Double D tu. Sebab tu lah Teja terasa terhutang budi dan seterusnya melancarkan misi untuk bantu Uqail supaya boleh berjalan semula.

Setiap hari terpaksa menadah telinga dengan tiap patah kata yang keluar dari bibir mamat Benggali karpet ni. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Hari pertama sudah berplaster dahi tu kena buku terbang. Kemudian kaki berbalut. Seterusnya jari berplaster. Haishh macam-macam menimpa gadis cantik ni.

Muncul bekas kekasih Teja buatkan kehidupan dan misi Teja makin sukar. Perasaan takut mula menghantui Teja. Mana tak nya tetiba munculkan diri dirumah Uqail. Ditambah dengan sikap Datin yang anti Teja, Amni yang tangan ringan melempang orang. Sabarlah duhai hati.

Miscommunication berlaku antara Teja dan Uqail! Masa ni Teja sentap habis dengan Uqail. Misi pujuk memujuk pula berlangsung. 

Bila Teja sudah luahkan perasaan pada Uqail, lain pula jadinya. Sabarlah Teja.. dugaan demi dugaan menimpa gadis ini sehingga akhirnya . . . Teruskan membaca ya 😉
Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah (2016) Misi Terlajak Cinta Oleh Mytun Abdullah (2016) Reviewed by Ibucida on 9/25/2021 08:51:00 pm Rating: 5

2 comments:

  1. wow rare betul watak mamat benggali karpet ni. takpenah lagi org buat cite macam ni

    ReplyDelete
  2. wah macam berat konflik novel ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.