Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell (2020)

Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell (2020) | Assalamualaikum  Memandangkan novel ni tengah hangat dipasaran, meh kita review sikit.


Judul : Dia Tetap Sempurna
ISBN : 978-967-469-160-8
Halaman : 702
Penulis : Anjell


Kisah cinta antara Sunshine dan Orang Kacak. Pertemuan buat kali kedua antara mereka telah menjadikan mereka pasangan kekasih jadian. 

Kisah bermula bila Dara menerima jemputan alumni sekolahnya dan pada awal rancangan untuk menjadikan Audi teman lelakinya. Namun bila tiba hari kejadian, Orang Kacak yang kacak muncul. Cuba bayangkan harapkan yang lain, yang lain muncul. Fuhh nasiblah kacak. 😛

Eskandar menjadi penyelamat Dara setiap kali ditimpa peristiwa malang. 

Dara ni kekadang geram dengan watak yang dibawa, dah tahu masalah akan muncul jika dia berjumpa dengan bekas teman lelaki nya, lagi dia pergi berseorangan. Suka part ni, bila sudah berumah tangga dia berjaya menyelesaikan konflik dalaman keluarga mertuanya yang berlaku lebih 20 tahun yang lalu, antara mama, papa dan Eskandar.

Eskandar pula seorang yang berhati kering sepanjang berkawan dengan Dara, kau aku saja. Dalam kering tu, sentiasa alert dengan setiap pergerakan Dara. Tak disangka, rupanya Eskandar punyai satu rahsia besar yang hanya mereka bertiga yang tahu. Siapa mereka itu?

Jangan lupa baca sampai habis. 
Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell (2020) Dia Tetap Sempurna Oleh Anjell (2020) Reviewed by Ibucida on 9/07/2021 03:01:00 pm Rating: 5

9 comments:

  1. dulu2 rajin baca novel. now dah makin malas. satu buku makan tahun baru habis.

    ReplyDelete
  2. dh lame xbaca novel..
    ni mcm menarik!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..sekarang ni punyalah malas nak membaca buku fizikal. Asal pegang je buku lelap. Ada satu novel ni "Jangan Ganggu Jodohku" ammi baca dah berbulan rasanya hahahah tak siap2

    ReplyDelete
  4. Lama dah cari novel ni asyik lupa. Nak beli novel sedap p kedai buku bru rasa nikmat dia. :)

    ReplyDelete
  5. Wow.. Menarik juga jalan cerita dia..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.