Persediaan Kehadian Bekerja 80% di Pejabat

Persediaan Kehadian Bekerja 80% di Pejabat | Assalamualaikum  Alhamdulillah..Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan itu memberi kelonggaran kepada penduduk lengkap menerima vaksin, termasuk kebenaran merentas daerah. Hmetro - Nak rentas tak boleh, mak ayah masih di Fasa 1. 😔 berhuhuhu lagi kita


Kadar vaksinasi di syarikat Cida boleh katakan hampir lengkap. Situasi ini menunjukkan keberkesanan proses vaksin pada pekerja telah berjaya mengurangkan risiko mendapat jangkitan Covid19. Pihak syarikat Cida menyarankan untuk kembali ke pejabat sehingga jumlah kehadiran mencecah 80% kehadiran. 

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian bila mula bekerja adalah :
  1. Telah menerima suntikan vaksin lengkap dan melepasi tempoh dua (2) minggu
  2. Mesyuarat masih dilaksakan melalui video
  3. Aktiviti solat di surau bagi pekerja yang telah lengkap vaksin dibenarkan dengan SOP sedia ada.
  4. Pekerja perlu kemaskini profil risiko dalam MYSJ, dan ikut SOP sedia ada.
  5. Selebihnya berkaitan hal syarikat.
**seronok dapat kembali kerja di pejabat, sebelum ni jadual penggiliran WFO, buat kerja tak puas, printer rumah kecil berbanding printer di pejabat, dan bertambah risau fikirkan anak di pusat asuhan.

Sumber : 
https://www.malaysia.gov.my/
https://covid-19.moh.gov.my/faqsop/pelan-pemulihan-negara-sop-fasa-dua

Persediaan Kehadian Bekerja 80% di Pejabat Persediaan Kehadian Bekerja 80% di Pejabat Reviewed by Ibucida on 9/10/2021 03:36:00 pm Rating: 5

3 comments:

  1. Emmm...terbalik pulak Syu. Syu rasa macam tak nak masuk kerja lagi.Hi3.

    ReplyDelete
  2. tahniah warga lembah klang.. dah beralih fasa..
    sy kat teganu masih fasa 2.. dan kehadiran ke tmpt keje pon masih 20%.. huhu

    ReplyDelete
  3. Johor dan Kedah je masih di Fasa I lagi. Dah banyak sektor dibuka sekarang ni. Bulan depan pun nak istihar endemik.

    Apapun jaga diri dan selamat bekerja kak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.