Scruff-A-Luv Pet for Sofia

Scruff-A-Luv Pet for Sofia | Assalamualaikum bila anak dara sorang ni minta mainan bermakna dia memang teringin sangat. Sebab Sofia jarang minta sesuatu. Jadi ibu ikutlah kehendak anak nan seorang ni.

Pet ni sampai tengah hari semalam. Cida sorokkan dulu. Entah macam mana terkantoi oleh si ayah, di dengar oleh si anak. Bermulalah drama-drama air mata nak bermain pet ini. Cida kenakan syarat siapkan semua homework lepas tu baru boleh bermain. Homework yang makan masa sejam boleh disiapkan dalam masa 20 minit. 


Pet berbentuk bulat ni beserta beberapa aksesori. Arahan dinyatakan guna warmwater, ibu belum sempat cakap apa, anak lagi laju. Air paip pun jadi.


Ibu, can i borrow your hairdryer. Dengan berbekalkan muka eksaited dia. OK. Pakej kain batik ibu digunakan.


Siap. Semua dilakukan sendiri oleh Sofia. Hairdryer tu Cida terangkan bagaimana untuk guna. New experience.


Settle semuanya, laju mengemas semua peralatan yang digunakan. Ambil hati ibu dan ayah katakan. 
Scruff-A-Luv Pet for Sofia Scruff-A-Luv Pet for Sofia Reviewed by Ibucida on 9/06/2021 07:53:00 pm Rating: 5

3 comments:

  1. comelnya! excited dia nk main..

    ReplyDelete
  2. Comelnya. berbulu bulu ala unicorn. Dapat mainan memang laju mengikut arahan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Alahai.. comelnya.. mesti dia excited kan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.