Selamat Hari Malaysia 16 September

Selamat Hari Malaysia 16 September . بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ . Assalamualaikum ♥ Alhamdulillah, hari ini merupakan cuti umum bersempena Hari Malaysia. Selamat bercuti bersama keluarga dan sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan. Tidak lupa juga Selamat hari lahir kepada yang menyambut hari lahir hari ini.
Sebagaimana yang kita tahu. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tarikh yang sama tahun 1963 yang lalu, penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Dan akhirnya pengisytiharan dilakukan pada 16 September tahun yang sama.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. 

Sumber : Wikipedia

Post a Comment

5 Comments