Semak Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023

Semak Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023 | Assalamualaikum Giliran Cida merasa pengalaman mendaftar anak bagi kemasukan ke sekolah rendah secara atas talian. Pengalaman dari rakan-rakan dijadikan panduan. Sebenarnya, terasa begitu cepat anak membesar walaupun mereka membesar dihadapan kita.

 

Tarikh Penting Semakan & Rayuan Murid ke Tahun 1 2022-2023
1. Tarikh Pendaftaran Lewat
Buka : akan dikemaskini
Tutup : -

2. Tarikh Surat Penempatan / Semakan Keputusan
Muka : 1 Ogos 2021
Tamat : 31 Ogos 2021
*Sekolah Rendah Putrajaya : Semakan keputusan penempatan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya telah ditangguhkan kepada 1 November 2021

3. Tarik Rayuan
Buka : 1 Ogos 2021
Tutup : 30 Ogos 2021
* Nota : Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

4. Tarikh Pengesahan Penempatan
Muka : 1 Ogos 2021
Tamat : 31 Ogos 2021

5. Tarikh Keputusan Rayuan
Buka : 1 Oktober 2021
Tutup : -

Kaedah Cara Semakan Keputusan Tahun 1
1. Layari laman SPATKPM : https://public.moe.gov.my/
2. Log Masuk - Tahun 1 - Semak

Proses Pengesahan Penempatan Tahun 1/2022
Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

Perakuan Penempatan
  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut
Permohonan Rayuan
  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan

*Terimbau kenangan di Tahun 1, ayah hantar terus suruh ayah balik sebab sudah target kawan ramai dalam kelas.
Semak Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023 Semak Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online 2022-2023 Reviewed by Ibucida on 9/01/2021 09:25:00 am Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.