Sup Ayam Bersama Suhun

Resepi Sup Ayam Bersama Suhun | Assalamualaikum atas permintaan anak dara Cida nan seorang ini. Sup ayam bersama suhun untuk seorang makan.


Bahan Kisar
  • 1/4 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
Bahan Tumis :
  • Minyak
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
Bahan-bahan
  • 4 ketul ayam
  • Air
  • Suhun (direndam)
  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Daun Sup
  • Lada Hitam

Cara Memasak : 
  1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk. Masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga hampir mendidih.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan lada hitam yang ditumbuk kasar dan garam. Biarkan sehingga ayam masak.
  4. Masukkan sayur semua dan biarkan sekejap baru masukkan suhun yang telah direndam tadi.
  5. Rasa dan boleh tutup api

** lada hitam Cida tumbuk kasar kerana anak dara sorang tu tak makan pedas

Kredit : Google
Sup Ayam Bersama Suhun Sup Ayam Bersama Suhun Reviewed by Ibucida on 9/10/2021 08:51:00 am Rating: 5

9 comments:

  1. tq kasi idea..belum pernah ammi letak suhun dalam sup ayam. kalau sup kentang pecah telur biasalah letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofia memang suka suhun ni kak. taugeh goreng pun letak suhun.

      Delete
  2. Sedapnya dimakan panas2. Jika demam mmg disyorkan hirup kuah sup ni. In Shaa Allah cpt sembuh...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sup ayam campur suhun dan cendawan. Air daun sup tu kena perah ye?

    ReplyDelete
  4. Sedap hirup kuahnya ni Cida kalau sup-sup.

    ReplyDelete
  5. Buat hirup pun sedap. Perah limau dan lada hiris.. :)

    ReplyDelete
  6. sedapnya nmpk sup ni..mmg suka suhun..

    ReplyDelete
  7. kalau lada hitam tumbuk kasar, maksudnya kurang pedas atau mcm mana?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.