Advertisement

Responsive Advertisement

Happy New Year 2022

Happy New Year 2022 | Assalamualaikum  Selamat Tahun Baru! Xinnian Kuaile! Happy New Year! Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan kesempatan untuk menghirup udara dan melakukan segala aktiviti seperti biasa walau dalam keadaan pandemik yang masih belum tahu bila akan mencecah angka 0.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, masih mengekalkan niat yang sama iaitu untuk turunkan berat badan memandangkan hobi adalah makan. OK kita cubalah sehari dua. Sehari dua saja. Nampak tak awal-awal azam sudah dikhianati oleh jari-jemari sendiri.

 
Genap 2 tahun kita melawan wabak Covid19 ini. Kita, topeng muka dan sanitizer, sudah sebati dalam diri terutama yang perlu bekerja luar. Tidak kurang ada yang perlu bekerja dari rumah, sambil tu jadi singa jadian kepada anak-anak. Dan tak dilupakan juga kepada keluarga yang terjejas kesan pandemik ni serta kepada ahli keluarga yang kehilangan insan-insan tersayang kerana pandemik Covid19. Salam Takziah. Al-fatihah (dibaca).

Cida ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru!

*Teringin nak ajak suami ke Bukit Ampang untuk tengok bunga api. Sekarang ia sudah menjadi kenangan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat tahun baru 2022 ibucida. Azam kurus tu tak tahulah bila nak tercapai. Penat carry forward je. hehe...
    Dah sebati hidup dengan zaman covid ni. Semoga cepatlah pupus segera dan kita boleh hidup normal kembali. Aaminn...

    ReplyDelete