Alisya Sofia Turns 7!

Alisya Sofia Turns 7! Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Alhamdulillah dua hari lepas, genaplah umur anak dara Cida yang sorang ni 7 tahun. Pejam celik pejam celik, tahun ni sudah Tahun 1. Terbayang awak masih kecil lagi.

Bila sudah besar, senang minta tolong. Susun pinggan, gelas atas meja makan, buat air sirap (kesukaan dia), kadang-kadang nak tolong ibu sendukkan nasi dalam pinggan dan tuang air dalam gelas. Tapi kann.. kalau Sofia sendukkan nasi, ibu dan ayah auto kurus sebab portion kecil. ๐Ÿ˜‚

Kalau keluar jalan-jalan, ajak ibu pakai tudung warna sama. kemain. Baju pun nak warna sama.



Pengarang jantung limpa ibu dan ayah. Bangun tidur rumah auto riuh rendah. Bila dia tidur, ibu ayah sunyi sepi.

17/02 - lepas, Cida kebetulan wfh dan ayahnya cuti. Buat majlis kecilan makan dan potong kek di rumah, birthday girl pun selesema haritu.



Ada orang tu dari birthday ayahnya bulan Januari lepas lagi sudah minta ibu belikan kek unicorn. Ibu boleh pula hampir-hampir tersilap tema, ingatkan unicorn sama dengan Little Pony. Rupanya lain-lain.๐Ÿ˜‡ 



Black Forest Cake. Tengah makan kek ni, dia sudah rancang untuk next birthday. Jem ibu.. ๐Ÿ˜ 

Post a Comment

4 Comments

  1. Hepi birthday Alisya Sofia! Trending kek unicorn tu. mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu nya saja boleh sasul order kek little pony. haha mujur baker gtau. :-)

      Delete
  2. happy birthday, princess.
    moga membesar dgn sihat, sempurna iman dan cantik jelita ye.

    ReplyDelete