Stok Mudim Kembali

Stok Mudim Kembali. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . Assalamualaikum ♥ Salam 5 Ramadhan. Alhamdulillah, stok Mudim telah selamat mendarat hari ini. Dua minggu kehabisan stok di rumah Cida ni, tak senang duduk jadinya. Pergi cari di pasar raya kali ni, habis. Jadi Sabtu lepas Cida order online melalui laman web Mudim sendiri - https://mymudim.my/en/home/ Tadaaa.. harini sampai.

Ni bukan iklan kicap Mudim ya 😀 ni sebab peminat kicap Mudim. Cida suka beli dan buat stok botol bersaiz 800ML. Harganya murah. 

Kotak bungkusan yang diterima masih dalam keadaan baik dan kemas - Alhamdulillah. Takda kemek mahupun pecah. Paling Cida gemar tentang Mudim ni, botol plastik, kalau kaca, risiko untuk pecah tinggi juga. Masa masak picit botol saja laju kicap tu keluar. Kicap Lemak Manisnya, Cida kurang sikit. Lebih gemar Kicap Istimewa ni.


Sos Cili Pedas ni, memang pedas. Anak dara Cida tak boleh makan. Sos ni sedap sebab ada rasa bawang putih sekali. Buat cicah keropok, ngam lah. Dan dapat percuma kalender 2022.

Dah boleh buat masak kicap hari-hari sepanjang Ramadhan ni 😁😁

Post a Comment

4 Comments

  1. Cheq pun guna kicap Mudim juga dalam beberapa jenis masakan, terutamanya bila cheq masak sayoq sawi dan kobih panjang 🤓

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cida suka buat masak kicap, tak payah letak perasa lain, cukup dengan kicap saja.

      Delete
  2. Bagus dapat kalendar ada waktu solat.
    Sedap ya kicap jenama ini.

    ReplyDelete