Pengalaman Sofia - Buang Tonsil

Pengalaman Sofia - Buang Tonsil. Entri kali ini terperam agak lama, iaitu entri bulan Februari 2023 yang lalu. Sofia dari berumur 1 tahun selalu demam panas, setiap kali demam suhu sekitar 40°C. Masa tu takut risau bercampur, dan berserah kepada Allah S.W.T keadaan dia.

Setiap bulan boleh dikatakan Sofia akan demam panas. Setiap kali demam, tonsil membengkak dan merah. Doktor pakar mencadangkan untuk buang tonsil Sofia. Ayahnya masih mahu tunggu sehingga besar, kalau-kalau tonsil ni makin behave. kunonnya. 

Awal tahun 2023, makin kerap demamnya, sebulan dua kali. Ya, ibu mana tak risau. Demam dan tertinggal pelajaran. Akhirnya Cda dan suami buat keputusan untuk buang juga tonsil Sofia, masa cuti sekolah waktu yang terbaik untuk buang tonsil.

16 Februari 2023 :- 
Hari Anugerah Cemerlang sekolah kebangsaan. Seronok Sofia dalam hadiah Pencapaian Terbaik PBD. Waktu ni dia request nak bergambar dengan Guru Kelas dia bersama sijil yang dia terima. Ibu turutkan, selalu tak mahunya dia bergambar.

17 Februari 2023 :- 
Hari Lahir Sofia ke8! Alhamdulillah anak ibu sudah besar.

18 Februari 2023 :- 
8 pagi : Hari Anugerah Cemerlang sekolah agama. Sofia suka sebab dapat hadiah Tempat Pertama dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik, hadiah sijil bersama bouquet jajan. 😀 

1 petang : Selesai hadiri kenduri, Cda dan Sofia ke Klinik untuk buat PCR & RTK untuk kemasukan wad pada 20 Februari 2023.

20 Februari 2023 :- 
8 pagi : bersama Sofia check-in hospital yang jaraknya 4km dari rumah. 

10 pagi : Sofia ditolak ke dewan bedah, ditemani ibu hingga Sofia ditidurkan. Doktor maklumkan prosesnya dalam 45minit. 

Ibu sudah panik, dari 45 minit berinjak ke 2jam, masih belum keluar dewan bedah. Naik ke wad, tanya nurse situ, ya! Sofia masih belum keluar dewan bedah. ha sudah. Ibu mulai berair mata. Hati ni masih positif mengharapkan semuanya baik-baik belaka di dalam tu.

2 petang : Sofia keluar dewan bedah masih ada kesan bius. First time ibu nampak Sofia jeling buat derk dekat ibu dan ayah dia. 😂 Setelah ditolak ke dalam wad, Sofia sambung tidur sehingga petang.

5 petang : Doktor datang melawat. Doktor berkali-kali nasihatkan Sofia supaya jangan menangis dan makan benda sejuk. Anak ibu mendengar kata, walaupun sakit dari pembedahan itu masih ada, dia tahan. Cda perasan tiap kali menelan air liur, muka dia berkerut tahan sakit, langsung dia minta ais krim vanila. Doktor sudah maklum, selepas pembedahan ini dalam mulut Sofia akan ada putih-putih seperti sakit mulut selama 2 hingga 3 minggu. itu normal.

7 malam : Sofia jamah bubur nasi. sikit berselang seli dengan ais krim. Ayah datang melawat, tak mahu nya dia berborak dengan ayah dia. 😁 

Sepanjang malam, tidurnya nyenyak. Siap berdengkur. 


21 Februari 2023 :-
12 tengah hari : Doktor datang sekali lagi untuk periksa keadaan Sofia. Setelah semuanya ok, Sofia dibenarkan pulang. Waktu ini dia mula bercakap. Doktor menyampaikan amanat terakhir. Jika berdarah segera datang ke hospital semula tak kira waktu bila, kerana ini serius. seminggu ni seharusnya banyak makan benda lembut dan sejuk.

4 petang : Sofia keluar wad. Ayah setia menunggu dirumah. 

10 malam : tok, wan, dan tokcik dari kampung selamat sampai ke sini. kerana risaukan cucu mereka. daripada sumber tak sahih, pembedahan tonsil ini kena tebuk di leher, dah risau jadinya. Cda sudah berkali-kali cakap tak perlu dirisaukan sangat. 

Hari ini, Alhamdulillah.. genap 2 bulan selepas pembedahan, Sofia sihat sepenuh. 

Post a Comment

1 Comments

  1. heheh dpt dr sumber tak sahih.. yelah dgr kena tebuk terus risau. alhamdulillah, kalau tak operate pun susah jugak utk tumbesaran sofia

    ReplyDelete