09 May 2021

Happy Mother's Day

Selamat Hari Ibu buat semua ibu, mak, mommy, umi dan mama. Harini adalah hari special dimana setiap ibu diraikan. Dalam group whatsapp keluarga pun berduyun-duyun ucapan Hari Ibu diterima. Alhamdulillah merasa nikmat menjadi ibu dan anak. Dapat rasa pengorbanan seorang ibu dalam menjaga, membesar, mendidik dan melindungi anak-anak.

Waktu-waktu macam ni hanya rindu untuk mendengar suara ibu yang jauh dikampung. Cukup dapat video call untuk merubat rindu yang bertandang. Jika diberi peluang untuk pulang ke kampung halaman walaupun tiga hari, akan diusahakan. Terlalu rindu. Hampir 2 tahun tidak bertemu muka.


08 May 2021

#50 Biskut Dam



Salam Ramadhan.. Tak berkesempatan untuk update, kesibukan yang melampau. 😉 Tinggal beberapa hari lagi sehingga ke penghujung Ramadhan, pasti akan rindu bulan yang mulia ini.
 
Cida teringin lama nak buat biskut dam ni. Tapi tak berseni. Tengok sajalah hasil biskut dam yang telah Cida buat. 😁 Rasa InsyaAllah boleh makan. Masih sempat nak buat biskut ni, resepi seperti di bawah.

Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan planta
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1 biji telur
  • 3 sb serbuk koko
Cara-cara :
  1. Pukul planta dan gula hingga kembang.
  2. Masuk telur dan tepung gaul sebati .
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan serbuk koko.
  4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit.

Cara Lapiskan Dam :
  1. Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz.
  2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu. Buat 4 lapis.
  3. Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping. Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.
  4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan susunan itu.
  5. Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu kita akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.
  6. Bakar pada suhu 165C selama 10-15 minit.

02 May 2021

#49 Cornflakes Crunchy Cookies

Salam Ramadhan.. Walaupun terpaksa beraya diperantauan untuk tahun kedua. Masih cuba kekalkan mood raya untuk Sofia. Jangan tetiba Sofia ajak balik kampung di pagi raya nanti, menangis ibu dibucu katil nanti. Syahdu nanti.


 
Bahan A
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking powder 
Bahan B
  • 200 gm pure butter - lembutkan
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu kecil vanilla
Hiasan
  • 170 gm cornflakes atau secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Satukan mentega dan gula kastor. Pukul hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu
  3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan baking powder, tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan dengan tangan hingga sebati. (adunan memang lembik, jangan tambah tepung)
  5. Sediakan cornflakes dan ramaskan kasar-kasar.
  6. Ambil sudu kecil, sudukan adunan, kemudian golekkan dan salutkan dengan cornflakes. Bentukkan bulat.
  7. Setelah siap, masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (api atas bawah)
  8. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan.
  9. Simpan dalam bekas kedap udara
 
Selepas berbuka tadi, masing-masing nak rasa cookies sebab takut tak manis. Alhamdulillah semuanya cukup rasa.